wELcOME


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 1, 2010

Hepi...hepi..hepiii


Yehhaaa.. semekom semua..

ari nie aku hepi..nak tahu kenapa..

pagi2 masuk office... n then tengok ada benda utk aku..

dalam sampul surat...

cepat2 aku bukak sampul surat tu..

bukak2 aku tengok dalam ada bungkusan warna merah..

waaa..hadiah!!!!!!

dengan rakus aku bukak... sekali aku bukak...

Perfume kesukaan aku..diesel life...

Ya Allah..aku heppi gler!!!!!

Saturday, November 27, 2010

Kenduri Kawen

Hai... Biasalah kan..kalu kat Malaysia nie..kalu dok ujung tahun jewk... kawen..kawen...kawenn

nie nak dijadikan cerita nie...
banyaklah kenduri kawen kan... so, hari nie aku balik kampUng aku..
kampung aku korang nak tahu katne.,..
Parit Muhammad parit sulong,batu pahat...
aku pegi ngan family aku n sorang makcik aku..

so, sampailah aku ke kampung tercinta...
makcik aku cakap tak payah lah singgah rumah kampung..
so,kitorang pergilah rumah pengantin.,..
n dia cakap lagi,rumah pengantin tak jauh dari rumah kampung kami..

tetiba kmi terlihatlah satu rumah yang ada bunga manggar...(ala...biasa yang bawak untuk perarakan pengantin tu..
so, makcik aku cakap..haaaa...nielah..

aku pun parklah kereta.. dahlah keta berderet time tu...
aduhai!!! kami pun masuklah ke Majlis..
n salam lah tuan rumah..
dan aku dan bapak aku teruk amik nasi n lauk..

sedang3 amik nasik dan lauk.. mak aku disapa oleh sorang makcik yang tolong3 utk majlis tu...
macik tu berkata "tak pergi ke kenduri belah barat ke"(barat tu orang kampung cakap yang dok area dalam sikit)..
mak aku pun bertanya "kenduri belah barat tu rumah sape?"
makcik tu jawab " rumah noor"
mak aku terkejut beb!!
n mak aku cakap dah salah majlis... kitorang nak g majlis belah barat tu (rumah noor)

Ya Allah, malunya............
memang tak terkata lah wei..
tapi naseb beklah majlis tu sedara jauh aku gak..
diorg kenal,cuma tak jemput jewk... hahahaha

dahlah salah rumah,si makcik aku nie boleh plak kecoh2 pada pengungjung yang kami nie salah rumah..
Malu aku wei...

ABIS makan ingat nak blah....
aku ngan adik aku pun planning r nak blah terus (malu doh?)
tetiba tuan rumah panggil nak bagi nasi berkat (org johor biasalah)
aduh!!!!!malunye~~~

n aku salam lah ngan diorang dan bapak aku jumpa tuan rumah cakap mintak maaf..
naseb bek sedara sendiri wei....

abis tu baru kami ke majlis pengantin sebenar...

mood aku :Malu sampai skang~



alt="Emo-Site.Com - All about emo boys and emo girls, emo love, emo hair and emo clothes"
border="0" />

emo

Friday, November 26, 2010

MenGimbau Kenangan KanAK2

yEPS... kAnAK2..SATU ZAMAN YANG SEmua orang lalui nya...

anyaway, tadi aku berkesempatan lepak ngan kengkawan aku masa kecik2..

bleh plak dia bukan cter zaman kanak2... Ya Allah.. hepinya..

dia leh plak bukak cter pasal aku ske nyanyi tok diorang (memang minat nyanyilah!!!)

hik..hik... pastu biasalh..kami lelaki perempuan campur, so,kami main masak2...pastu kami makan masakn tu...amik barang2 dapur kat umah masing2 taw..

pastu maen kawen2..kami buat pengantin cantek2,..

ada jugak satu padang kenangan kami..padang tu dah tinggal rumput jewk.. ada masa aku amek eh gambar padang tu..

memang tak dinafikan,zaman kanak2lah zaman yang paling seronok sekali.. dulu kami rapat sgt..

skang nie ramai yang wat hal maseng2... so, tinggallah kami2 jerk...

hope,kami tetap berkawan selamanya..

ameen~~

aNUGERAH jUARA lAGU

haI uolss... ape khabo uols...
nie dik non nak bercerita paada uols kan...
hahaha...eee gedik aku...
Seperti kOrang Sedia MakLumKan.. Juara Lagu DAh pUn menguMumKan 14 buah lagu yang terpilih.. Lagu2nya korang carik sendirilah yerk..
anyway, aku just nak ucap tahniah lah pada yang dapat tu kan...
terutama my peberet song...ku ada kamu By Adira,ciptaan sepenuhnya oleh edry abdul Halim... Yang len best gaak...

tapi, aku rasa cam kureng best tatkali faizal tahir menyanyikan lagu selamat malam.. dahlah persembahan penutup.. macam nak suh selamat malam terus jerk.. perrgghh vocal memang menjengkelkan...

yang aku nak tanya nie, memanglah juri profesional kan... aku rasa lagu selamat malam tu kekuatan dia pada selamat malam jerk... perlu kew lagu sebegitu... o.klah kalu pasal lagu,tapi juri tak rasa ke suara si FT tu cam tu... aduhai...

sepatutnya, adbah noor lagi layak r aku rasa.. dengan vocal nya yang perrgghhh~~~
n lrik lagu yang agak berbunga sikit tu...napelah tak dipilih oleh juri...

hello juri, i taulah uols pandai dalam muzik... tapi nilai r betul2 kan... huh... anyway, juri..lagu2 yang lain semua nya o.k.... tak sabar nak tengok mereka pada 19 Januari 2011...

p/s : kesian tengok muka alyah masa pengumuman..dia tak dapat..tapi adibah noor stedy.. kak dibah..saya dah mula jadi peminat kak dibah....


sampai tu jerklah... dik non bukan nak mengkritik,cuma nak bagi idea~
hahahaha

Wednesday, November 24, 2010

SahaBat, rakan & tEmAN

bEB... Korang Mesti Tertanya-tanyakan... Nape AKu Letak Tajuk NiE...

1stLy, aKU Nak TANYA R KORANG... adA kE pERBEZAAN antara sahabat,rakan & teman.
mesti korang confuse kan... rileks2... nie bukan masuk SPM pun. Anyway, benda nie aku penah discuss kat tempat keje aku.. HANGat JuGAKLAH tajuk nie aku buat...(biasalah, kalu tak hot,bukan aku maknanya..)

o.k...o.k..berbalik kepada tahuk aku nie..

aku penah memikirkannya.. nie pendapat dari aku lah kan... (kalu korang tak terima korang nye pasal r...ada aku kesah)...amboi...amboi..(kate azwan ali)

o.k...aku memang dah spesifiikasikan 3benda nie dalam idop aku...

Sahabat : diorang nie adalah orang yang paling rapatlah ngan aku...dia nie orang yang sanggup berkorban untuk aku... maksudnya,walaupun aku susah dan senang..tetap dia bersama aku...

Rakan : orang2 nie tergolong pada kawan2 biasa akulah..ala,yang just nak bertegur sape jerk ngan aku..tak amik berat sangat pasal aku... just say hi kat aku pun aku anggap rakan or lebih dekat kawanlah!

teman : ihiks.. bab teman nie adalah orang yang sentiasa dihati. dialah yang mengambil berat ngan aku..alah..payah nak cakap... pasangan chenta aku lah! ish...


so, korang rasa ada perbezaan tak ape yang aku cakap nie... Kalu tak puas hati commentlah!!!

p/s : baru tengok rancangan bersamamu kat TV3.dimana 3 sahabat sanggup menjaga sahabatnya yang tengah sakit disimbah asid..

****aku sayang sahabat aku walau ape pun dia buat kat aku****


Best Friends and Friendship Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook
Share Comments & Graphics - Friends Layouts - Photobucket

Pengalaman DaRI sEORANG pENGURUS jENAZah

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.
Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.

Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.

Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital
untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya,
kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari
bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan
pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini)
di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.

Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.

"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.

"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.

"Ya, ustaz M bercakap".

"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta
kepastian.

"Imam...imam....yanng mana satu....ermm..oh...ya..ya..ingat..ingat...", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.

"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.

"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ", balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'.
Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan...

Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh? Korang tak payah jawablerrr....Seolah-olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling. Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?....

Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.


MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT.

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.

Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna.
Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.

Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa........................". Tiba-tiba imam ini terdiam....

Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya

Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib. Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun...".

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.

Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?....

Ya,

Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...

Subhanallah!

Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa,
Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya Allah.............

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang ntah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.


Wallahua'lam.

Tuesday, November 23, 2010

Masih teringat zaman kecil2 dulu…



Bila musim main guli, semua ramai-ramai pakat main guli…aku akan pulun ajak ayah pergi ke kedai untuk membeli guli untuk dipertaruhkan di medan bulat atas tanah..sasaran ku tuju, guli-gulian ku perolehi…setelah beberapa bulan, musim guli pun tamat…guli-guli yang beraneka warna tu aku letak bersepah2…akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan musim guli akan tiba lagi dan aku akan kembali mencari guli-guli ku untuk dipertaruhkan….

Masih teringat zaman kecil2 dulu…

Bila musim terjun sungai, semua pakat ramai-ramai terjun sungai…aku akan pulun mencari seluar pendek dan mengajak abang-abang dan kawan-kawan ku ke sungai…mak kata bahaya tapi aku pergi juga..zaman kanak-kanak, cabaran pasti ku suka…terjun sungai pelbagai gaya, bila dah besar nak berenang pun masih tak kena gaya, terkuak2 dalam air mengapung haramnya tidak…setelah beberapa bulan musim terjun sungai pun tamat, seluar pendek ku campak entah kemana… akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan seluar itu akan ku cari untuk bermandi ria di sungai lagi

Masih teringat zaman kecil2 dulu…

Bila musim laying-layang, semua pakat main laying-layang…aku akan pulun ajak ayah pergi beli layang-layang doraemon kesukaan ku berharga 50sen …bila pulang, benang ku simpul sebagai layar, tali ku lempar sebagai pelayang…layang-layang terbang tinggi, aku pun gembira sakan…jika layang-layang tersangkut dipokok, selipar kulempar, mujur selipar juga tak tersekat. Hampa kupulang kerumah, menyuruh abang membuat laying-layang dari surat khabar…setelah siap ku terbangkannya ke langit…setelah beberapa bulan, musin daun-daun getah dan angin pun tamat menandakan musim laying-layang pun tamat…benang kulempar jauh, laying-layang kubiar sangkut dipokok..akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku ker ana dia tahu, pada tahun depan musim itu akan kunjung lagi dan aku pasti tercari-cari sang benang

Masih teringat zaman kecil2 dulu…

Bila musim main khemah-khemah di kebun getah belakang taman, semua pakat berkhemah di dalam kebun getah…akan ku ajak ayah membeli khemah dan mainan untuk dibawa kekebun getah belakang rumah..bersama teman, kami bina khemah dan malam tidur dirumah juga…bila lapar kami pulang kerumah bawa bekal makan di khemah…di khemah kami main kereta mainan, main biji getah, dan dengan nakalnya kencing dalam bekas menadah getah penoreh getah sehingga di kejar satu taman dengan lastik getah..namun bila musim main khemah surut, khemahku entah jauh dipelosok mana… akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan musim khemah akan tiba lagi dan aku pasti berkepinginkan sebuah khemah…

Masih segar ingatanku 3 bulan lalu…

Saat Palestine dibedil Israel, Demonstrasi memenuhi jalanan, amarah memuncak kelangit, doa’ berutus tak putus-putus Sidratul Muntaha, Tabung bergolek-golek mencari derma…aku suka, aku gembira melihat suasana kaum muslim..Ku lancarkan program mencari derma, ku layarkan kertas-kertas bernota sengsara, Ku bidas musuh-musuh bertulang dusta…aku syukur, aku redha, aku gembira…

Masih segar ingatanku lewat tengah hari lalu…

Hujan gerimis menyejuk jiwa, menanti rakan seperjuangan yang tak kunjung tiba…aku menghitung detik untuk sama-sama melaungkan kata-kata penuh makna..membebaskan Palestine dari musuh durjana..tapi ku hampa, kerana penantian satu sia-sia, rakan-rakanku entah kemana..yang datang hanya sekerat cuma..kini, tiadalah lagi laungan gegak gempita, yang berjalan cuma sepi tak bernada…lagak seperti demonstarsi aman katanya…menuju ke Tesco tanpa bermaya kerana tiada teman disisi untuk bersama-sama…

Musim Palestine makin menghampiri waktunya..namun, aku bukan lagi kanak-kanak hidup bersulam gembira..aku dewasa beramanahkan Islam Yang Mulia..Islam dan Palestine bukan hanya pada musimnya, tapi perlu dilarut dalam sukma..mak tiada disini untuk mengutip sisa-sisa, tapi aku sendiri harus menyusuri jalan-NYA…aku tidak boleh mengikut musim guli, layang-layang, terjun sungai dan khemah…perjuangan ISLAM tiada surut musimnya seperti permainan kanak-kanak..sentiasa membara, sentiasa bergelora..

Namun kini aku redha, kulihat tabung derma disisi mejaku, kosong nilainya..mak tiada disini untuk menyimpannya buatku jika musim Palestine tiba lagi tahun hadapan, aku sendiri harus menggunakannya setiap masa supaya ku tidak lagi lupa…rakan-rakan, perjuangan itu tidak bermusim seperti permainan kita kecil-kecil…